Hemisfera darat
Hemisfera darat

Hemisfera darat

Hemisfera darat, merupakan satu bahagian sfera di bumi yang berpusat pada 47°13′N, 1°32′W (berhampiran dengan bandar Nantes, Perancis). Sebahagian lagi ialah hemisfera air.Hemisfera darat mempunyai enam per tujuh daratan di bumi, termasuk Eropah, Afrika, Amerika Utara, hampir keseluruhan Asia dan Amerika Selatan. Eropah merupakan pusat kepada hemisfera ini. Walau bagaimanapun, kawasan lautan di hemisfera darat ini, lebih luas berbanding kawasan darat, hemisfera darat bermaksud hemisfera yang terdapat daratan yang paling banyak, bukan hemisfera di mana kawasan darat adalah lebih besar dari kawasan lautan.